Monday, September 13, 2010

HARGAILAH

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Saturday, July 24, 2010

MOHAMAD AZLA BIN HAJI KAMARUDDIN lwn MOKHTAR BIN HASHIM SITI MASRINA BINTI MOKHTAR [Dalam Mahkamah Rendah Syariah Sepang

Hakim : Tuan Haji Narawi Bin Hj. Salleh,
bertarikh 7 Sepetember 2001
Kes Mal Bil : 299 Tahun 1996

Tuntutan :
Undang-undang Keluarga Islam – Gantirugi dalam pertunangan – Permohonan
mengembalikan apa-apa bayaran yang dibuat dalam masa mengikat tali pertunangan,
Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam No. 4 Tahun 1984.

Fakta Kes:
Kes ini adalah permohonan untuk kembalikan bayaran balik apa- apa bayaran yang
dibuat dalam masa mengikat tali pertunangan mengikut sek. 15 EUKIS No. 4 Tahun
1984.
Permohonan dibuat oleh Encik Mohamad Azla bin Hj. Kamaruddin, K.P 620101-08-5857
yang beralamat Lot 3884, Kg. Sungai Michu, Batu 13, Hulu Langat Selangor, ke atas
Penentang 1 Mokhtar bin Hashim dan Penentang 2 Siti Masrina bt. Mokhtar, yang
beralamat No. 2051 Jalan Permata 9, Taman Permata, Ulu Klang, 53000 Kuala Lumpur.
Mahkamah ada bidangkuasa mendengar dan memutuskan kes permohonan ini
berdasarkan kepada Pemohon tinggal dalam Daerah Hulu Langat, Selangor, dan
tuntutan yang dibuat dibawah daripada RM 100,000/- mengikut sek.4 EUUKIS dan
sek.43 (2) (b) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989.
Pemohon telah mendaftarkan kes ini pada 8.8.1996 di Mahkamah Rendah Syariah
Kajang dan kemudian minta dibicarakan Di Mahkamah Rendah Syariah Sepang kerana
Hakim yang sama, dan kerana memandangkan di Kajang terlalu banyak kes di mana
kedua-dua bersetuju dibawa bicara di Sepang.

Pemohon diwakili peguam yang asalnya Encik Zulkifli bin Che Yong dan dibantu
Peguam Ainu Rahmah bt Latif, dan Penentang pula di wakili oleh Peguam Abd. Razak
bin Muhidin dan dibantu oleh Peguam Mohd. Isa bin Ralip, dan kes ini mengambil masa
selama lebih kurang 5 tahun daripada tarikh didaftarkan kes dengan 34 kali sebutan.
Selain daripada keterangan Pemohon dan Penentang pihak-pihak mengemukakan
beberapa orang saksi iaitu saksi Pemohon sebanyak 4 orang saksi yang memberi
keterangan, manakala Penentang mengemukakan seramai 3 orang saksi: 2 lelaki 1
perempuan, pemohonan : 3 lelaki 1 perempuan.
Pemohon adalah bekas tunang bagi Siti Masrina bt. Mokhtar, Penentang 2 dan
Penentang 1 adalah Mokhtar bin Hashim, iaitu merupakan ayah kepada Penentang 2,
wali mujbir. Mereka berdua, Pemohon dan Penentang 2 telah mengikat tali pertunangan
pada 14.4.1996 di rumah Penentang 1, di mana majlis pertunangan dibuat mengikut
adat melayu yang tidak bercanggah dengan hukum syarak di mana sebelum bertunang
mereka berkenalan dan setelah berkenalan ada adat merisik, selepas itu menentukan
tarikh bertunang, dalam dihari bertunang juga selain daripada hantaran, mereka
menetapkan tarikh bernikah iaitu pada 18.5.96 dan bersanding pada 19.6.96.
Sementara tarikh bernikah dan hari bersanding kedua pihak iaitu Pemohon dan
Penentang 2, dibuat persiapan kenduri, menempah khemah, bunga telor, kad jemputan
dan lain, dan membuat perjanjian kenduri bersama di rumah Penentang sahaja, tidak
dibuat dirumah pihak Pemohon.
Pada peringkat awal tidak ada apa-apa masalah, tetapi dalam masa yang singkat
berlaku pergeseran antara kedua-kedua pihak sehingga pertunangan itu terputus dalam
satu majlis yang diadakan di rumah keluarga pihak Pemohon pada 6.5.96 di mana
dalam majlis tersebut dihadiri oleh wakil-wakil pihak Pemohon, dan penentang 1 serta
penentang 2 dan Pemohon sendiri hadir.
Dalam masa majlis bertunang, Pemohon telah menyerahkan kepada Penentang iaitu
wang hantaran sebanyak RM5,000/- sebentuk cincin bertunang sebanyak RM 1,200/-,
kasut RM300/-, barang make-up sebanyak RM 500/-, sepasang baju pengantin RM300-,

buah-buahan RM 200/-, wang kenduri bersama sebanyak RM 2,000-, tempah khemah
sebanyak RM 450/-, cincin tanda sebanyak RM 1,00/-, jumlah keseluruhan sebanyak
RM10,050/-,
Diputuskan
Mahkamah setelah meneliti permohonan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan
dan setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak dan mendengar hujah wakil
Pemohon dan Penentang dan setelah merujuk kepada hukum syara’ dan undangundang,
maka Mahkamah berpuashati dan memutuskan seperti berikut:-
1) Mahkamah meluluskan permohonan Pemohon dan memerintahkan Penentang 1
dan Penentang 2 membayar balik kepada Pemohon sebanyak RM 22,500.00
iaitu secara dua kali ganda pemberian pertunangan setelah dikecualikan perkara
No.2, 3 dan 9 perengan 12B (i) Penyata Tuntutan iaitu bayaran kenduri, tempat
khemah dan cincin tanda;
2) Mahkamah menolak permohonan ganti rugi am kerana malu disebabkan
putusnya pertunangan sebanyak RM 50,000.00 kerana tidak terdapat di dalam
peruntukan undang-undang.
3) Mahkamah memutuskan menolak semua tuntutan balas yang yang dibuat oleh
Penentang kerana berpendapat kedua Penentang yang bertindak memutuskan
pertunangan dan Penentang Pertama merestui dan bersetuju dengan tindakan
tersebut.
4) Kos perbicaraan ditanggung oleh kedua pihak masing-masing.
5) Mana-mana pihak yang tidak berpuashati boleh membuat rayuan di Mahkamah
dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh perintah.
Peguam Syarie
Plaintif diwakili Encik Zulkifli bin Che Yong dan dibantu Peguam Ainu Rahmah bt Latif
daripada Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co dan Penentang pula di wakili oleh Peguam

Abd. Razak bin Muhidin dan dibantu oleh Peguam Mohd. Isa bin Ralip dari Tetuan Abd
Razak Muhidin & Associates.
Alasan Penghakiman

Fakta-fakta Yang dipertikai:
1. Punca putus tunang.
2. Perjanjian bayar balik dua kali ganda jika pihak perempuan yang memutuskan,
dan kira hangus jika pihak lelaki memutuskan.

Keterangan –keterangan:
1. Dalam keterangan yang diberi oleh Pemohon dan saksi-saksinya adalah
mendakwa bahawa yang memutuskan tunang itu adalah Penentang 2 iaitu Siti
Masrina bt.Mokhtar, dalam satu majlis perbincangan yang dianjurkan oleh
Pemohon di rumah keluarga angkat Pemohon.
2. Pemohon juga mendakwa bahawa Penentang 1 ada berjanji semasa bertunang
akan membayar balik semua pemberian bertunang dua kali ganda jika pihak
perempuan mungkir janji, yakni menarik diri dari terus berkahwin dan sekali lagi
mengaku akan bayar dua kali ganda dalam masa atau di malam perbincangan di
rumah keluarga pihak Pemohon iaitu semasa Penentang 2 membuat keputusan
tak nak kahwin.
3. Keterangan pihak Penentang dan saksi-saksinya menafikan dakwaan tersebut,
malah mendakwa sebab-sebab Penentang 2 memutuskan tunang dan tidak
mahu terus berkahwin iaitu adalah disebabkan Pemohon sendiri yang memberi
jalan untuk memutuskan tunang iaitu dalam keadaan mendesak Penentang 2
membuat keputusan tidak mahu kahwin.
4. Penentang 1 juga menafikan bahawa beliau ada berjanji untuk membayar balik
sebanyak dua kali ganda jika pihak perempuan yakni Penentang 2 memutuskan
tunang dan kira hangus jika pihak lelaki yakni Pemohon yang memutuskan
pertunangan dan mencabar Pemohon membuktikan dakwaan tersebut.

Bukti- bukti:
1. Pemohon mengemukakan 4 orang saksi bagi menyokong dakwaannya dan
gambar-gambar semasa majlis pertunangan, dan satu rakaman kaset dalam
majlis perbincangan yang membawa kepada putus tunang tersebut.
2. Manakala Penentang pula mengemukakan 3 orang saksi bagi membantu
menafikan tuntutan Pemohon dan memberi sebab mengapa Penentang 2
memberi keputusan tak nak kahwin dalam masa perbincangan yang diadakan di
rumah keluarga angkat pihak Pemohon, dan resit–resit pembelian barang untuk
mengadakan kenduri kahwin difailkan di Mahkamah ini.

Punca –punca Yang Membawa Kepada Putus Tunang :
1. Khabar-khabar angin yang disampaikan kepada Pemohon bahawa Penentang 2
tidak mahu meneruskan perkahwinan, dan akan menarik diri di majlis
perkahwinan.
2. Khabar-khabar angin yang disampaikan kepada Penentang 2 iaitu Siti Masrina,
bahawa Pemohon, Mohd Azla akan menceraikan Penentang apabila berkahwin
dan akan tinggalkan Penentang seorang diri apabila hendak keluar negara untuk
meneruskan pelajarannya.
3. Penentang 2 rasa terhina juga apabila keluarga Pemohon membuat tuduhan
bahawa dia tidak suci dan ibarat kelapa ditebuk tupai.

Perkara –Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan :
1. Majlis bertunang dan barang hantaran dalam majlis tersebut.
2. Perjanjian dalam majlis tersebut.
3. Pembatalan atau memutuskan tunang.
4. Peruntukan undang-undang.
5. Hukum syarak.

Majlis bertunang :
Majlis telah diadakan pada 15.5.96 di rumah Penentang 1 dan hantaran yang
dikemukakan oleh Pemohon adalah tidak dinafikan oleh Penentang 2 dan Penetang 1.

Perjanjian dalam masa menerima pinangan :
1. Kembali kepada keadaan uruf dan adat orang melayu, bahawa tidak ada
perjanjian yang bertulis dalam masa penerimaan pertunangan ini, samada
mempunyai borang khas seperti akad nikah atau surat lain-lain yang mencatatkan
apa-apa pemberian semasa pertunangan dibuat, hanya adalah sudah menjadi
kebiasaan percaya–mempercayai antara satu sama lain.
2. Perjanjian membayar balik dua kali ganda jika pihak perempuan memutuskan
pertunangan dan kira hangus segala pemberian jika pihak yang memutuskan
pertunangan juga tidak pernah ditulis dalam borang tertentu, hanya seperti
keadaan biasa berlaku sahaja kecuali jika adapun dalam majlis itu dengan lisan
sahaja.
3. Dalam hal ini Pemohon mendakwa Penentang 1, Encik Mokhtar Hashim ada
berkata dalam majlis tersebut membuat perakuan demikian iaitu jika pihak
perempuan yang memutuskan akan membayar balik dua kali ganda pemberian
yang diserahkan dalam majlis tersebut.
4. Dakwaan pemohonan ini dikuatkan percakapan dalam rakaman kaset yang
diperdengarkan di mahkamah, di mana rakaman dan percakapannya ada
tersebut perkataan ‘’- akan ganti dua kali ganda ‘’- ini tidak dinafikan oleh
Penentang 1 bahawa suara itu bukannya dan mahkamah menerima keterangan
itu.

Putus Tunang :
1. Pemohon mendakwa Penentang 2 telah memutuskan pertunangan dalam majlis
perbincangan dengan dengan perkataan “ tak nak‘’ sebanyak 3 kali apabila
ditanya oleh Pemohon. Ini juga tidak dinafikan oleh Penentang 2, dan dibuktikan
juga dalam rakaman yang diperdengarkan di mahkamah ini sebanyak dua kali.
2. Penentang 2 mendakwa dia membuat keputusan itu adalah dengan sebab
perangai abang tetapi tidak disebutkan apakah perangai abang tidak disukai itu,
dan mendakwa bahawa dia dihina dengan tuduhan yang tidak sepatutnya iaitu
tuduhan ibarat kelapa ditebuk tupai.
3. Tuduhan yang begitu berat adalah tidak sepatutnya sama sekali pihak Penentang
1 dan Penentang 2 berdiam diri tidak mengambil apa-apa tindakan kata orang
membuat tuduhan itu, sekurang- kurangnya mencabar yang membuat tuduhan itu
siapakah yang dikatakan ‘ibarat tupai’ itu, dan di mana berlaku, dan bagi yang
membuat tuduhan itu gagal memberi buktinya yang cukup, sepatutnya satu
tindakan undang-undang diambil ke atasnya kerana tuduhan yang dibuat adalah
sangat besar dan tuduhan mengikut hukum syarak adalah dosa dan jika terbukti
boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan.
4. Saksi penentang 2, Mohamad bin Jais dan saksi ketiga Hawa bt Osman
memberitahu dalam mahkamah bahawa kakak Pemohon, Wan Ani membuat
tuduhan ke atas Masrina ibarat kelapa ditebuk tupai. Saksi kedua Mohamad Jais
merupakan sebagai abang tiri kepada Penentang 1 tidak sepatutnya menjawab
tuduhan itu dengan kata : ‘’ ini bukan hal saya, dan ita panggilan kepada Siti
Masrina, ada mak bapak’’. Beliau ada hubungan kekeluargaan sepatutnya
mencabar orang yang membuat tuduhan atau membuktikan tuduhan.
5. Dalam majlis perbincangan juga tidak ada saksi Penentang memberitahu
mahkamah bahawa Penentang 2, Siti Masrina telah dipaksa supaya memutuskan
tunang dengan Pemohon. Begitu juga dalam rakaman kaset yang
diperdengarkan di mahkamah tidak ada suara yang memaksa Penentang 2
supaya diputuskan sahaja tunang itu secara paksaan, cuma yang didengar ialah
pertayaan Pemohon kepada Penentang supaya berterus-terang sama ada
hendak teruskan perkahwinan atau tidak, jawapanya : ‘’tak nak ‘’ sebanyak 3 kali.
6. Perkataan salah seorang daripada wakil pihak Pemohon yang mengatakan: ‘’
kami ambil kamu dalam keadaan hina ‘’ yang diberitahu oleh Peguam Penentang
juga tidak jelas itu sebagai paksaan supaya Penentang 2 memutuskan
pertunangan itu.
7. Dalam hal ini saya berpendapat bahawa putus tunang itu adalah Penentang 2
sendiri iaitu Siti Masriana bt. Mokhtar dalam satu majlis perbincangan yang
diadakan oleh Pemohon di rumah keluarga angkat Pemohon di mana Pemohon
hendak mempastikan khabar angin yang menyatakan bahawa Penentang 2 akan
menarik diri daripada terus berkahwin di saat- saat akhir.
8. Penentang 2 juga sebelum daripada membuat keputusan itu menyoal Pemohon
apakah betul apa khabar angin yang menyatakan Pemohon akan menceraikan
apabila berkahwin kelak dan akan tinggal seorang diri, akan ke luar negeri
sambung belajar dan tidak diberitahu kepada mahkamah bahawa beliau tidak
memujuk Pemohon untuk terus berkahwin dan mengambil dia menjadi isteri
selepas putus tunang atau dalam masa pergolakan berlaku.
9. Dalam keterangan yang diberi kepada mahkamah juga tidak ada disebut bahawa
Penentang 1 yakni Encik Mokhtar Hashim sebagai ayah kepada Penentang 2, Siti
Masrina Mokhtar memujuk Penentang 2 supaya jangan putus tunang atau
memaksa anaknya terus berkahwin, pada hal beliau berhak hendak berbuat
demikian kerana beliau sebagai wali mujbir bagi mengelakkan daripada
menaggung malu dan kerugian daripada putus tunang ini.
10. Walaupun dalam keterangan pihak Penentang menafikan bayaran balik sebanyak
dua kaliganda jika pihak perempuan putus tunang, dan kira hangus segala
pemberian jika pihak lelaki memutuskan, tetapi penentang tidak menafikan suara
dalam kaset yang dirakamkan di majlis perbincangan itu iaitu selepas daripada
jawapan kedua ‘ tak nak ‘ itu atau bayar dua kali ganda.
11. Dengan ini juga mahkamah berpendapat bahawa Penentang 1, Encik Mokhtar
Hasshim juga bersetuju dan merestui anaknya Penentang 2, Siti Masrina
memutuskan Pertunangan tersebut pada malam 6.5.96 dalam satu majlis
perbincangan tersebut.
12. Dalam keterangan–keterangan pihak Penentang dan keterangan Pemohon tidak
ada diberitahu kepada mahkamah bahawa pihak Pemohon samaada wakil atau
Pemohon sendiri dalam majlis tersebut bahawa majlis itu salah satu majlis
memutuskan pertunangan antara kedua–dua pihak iatu pihak Mohd Azla dan Siti
Masrina.
13. Cuma masa majlis itu yang diberitahu ialah mencari jalan penyelesaian yang baik
dan berbincang sahaja, dan tidak ditunjukkan kepada mahkamah unsur-unsur
ugut sehingga menakutkan kepada Penentang 2 untuk membuat keputusan
yamg baik yang boleh mengelakkan daripada putus tunang.
14. Mahkamah juga tidak memberitahu bahawa Penentang 1 ada usaha–usaha
untuk menyambung balik ikatan pertunangan itu selepas diputuskan sehingga
Pemohon berkahwin setelah begitu lama membujang selepas daripada putus
tunang itu, dan penentang 2 tidak berkahwin lagi hingga ke hari ini tidaklah
secara otomatik beliau masih menunggu pemohon untuk meminang semula,
mungkin juga disebabkan tidak ada orang lain yang masuk meminang kerana
tidak diberitahu kepada mahkamah beliau masih menunggu pemohon untuk
menyambung semula pertunangan dan bersetuju untuk berkawhin dengan
pemohon.

Peruntukan Undang-undang :
1. Sek.15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No.4 tahun 1984
memperuntukan iaitu jika seseorang itu mengikat satu kontrak pertunangan
mengikut hukum syarak sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada
sendirian atau melalui orang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin
dengan pihak yang satu lagi kepada kontrak itu tanpa apa–apa sebab manakala
pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin denganya dan pihak yang mungkir
adalah bertangunjawab memulangkan pemberian–pemberian pertunangan jika
ada atau nilainya, dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan
suci hati oleh atau antara pihak-pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan
bagi perkahwinan itu dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam
mahkamah.
2. Dalam kes ini kontrak pertunangan itu tidak dipertikaikan lagi iaitu pertunangan itu
berlaku dalam satu majlis rasmi dan mengikut adat orang melayu yang diadakan
di rumah Penentang 1 Encik Mokhtar Hashim yang mana pemohon dengan
menghantar wakil-wakil daripada yang dalam satu rombongan yang berlaku pada
14.4.96.
3. Sek.4 EUUKIS diperuntukan kecuali sebagaimana diperuntukan dengan nyata
selainnya Enakmen ini hendaklah dipakai bagi semua orang Islam yang tinggal
dalam Negeri Selangor dan bagi orang yang bermastautin dalam Negeri Selangor
tetapi tinggal di luar Negeri Selangor.
4. Pemohon dan Penentang 1 dan Penentang 2 tinggal dalam Negeri Selangor,
Pemohon tinggal di Kampung Sg. Muchu Batu 13 Hulu Langat, manakala kedua
Penentang tinggal di alamat No.2051 Jalan Permata, Taman Permata ,Ulu klang,
Kuala Lumpur dalam Daerah Gombak dalam Negeri Selangor.
5. Dalam Sek.43(2)(b) Undang-undang Pentadbiran Perundangan Islam Selangor
diperuntukan dalam bidangkuasa Mal mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah dibenarkan mendengar
dan memutuskan dalam mana jumlah atau nilai adalah perkara yang dipertikaikan
tidak melebihi RM 100,000/- atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang.
6. Dalam kes ini tuntutan dibuat oleh pemohon adalah dibawah RM 100,000./ iaitu 2
kali ganda daripada jumlah pemberian sebanyak RM 10,050/- dan RM 50,000/-
ganti rugi kerana menanggung malu disebabkan tidak jadi berkahwin itu.

Hukum Syarak:
1. Akad pertunangan adalah merupakan satu ikatan perjanjian untuk
perjanjian untuk perkahwinan atau pernikahan, sama ada itu bertulis atau
akad secara lisan, dimana apabila perjanjian telah dibuat atau di meterikan
maka pihak–pihak mesti menerima perjanjian itu sebagaimana firman Allah
S.W.T yang bermaksud ‘’ wahai orang-orang yang beriman, penuhilah atau
sempurnakanlah segala perjanjian’’ dan ayat 34 dalam AL- Isra’ frman Allah
S.W.T yang bermaksud ‘’dan sempurnakanlah segala perjanjian–perjanjian
kamu sama ada perjanjian dengan Allah atau janji dengan sesama manusia .
Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya di akhirat kelak.
2. Dalam kes ini ialah berlaku perlangaran perjanjian pertunangan iaitu memutuskan
tidak meneruskan perkahwinan yang diikat dalam satu perjanjian pertunangan
yang dibuat pada 14.4.96 dan akad nikah yang akan dijalankan pada 18.5.96
terbatal pada malam perbincangan itu pada 6.5.96.
3. Segala pemberian yang dibuat itu diserahkan dalam masa pemberian itu jika
perjanjian atau gagal diteruskan maka segala pemberian itu hendaklah
diserahkan kembali mengikut perjanjian yang dibuat sebagaimana nas fukaha
yang berbunyi :……..yang bermaksud : ‘’ jika meminang akan seseorang
perempuan dan dia menyerahkan sesuatu dengan tidak berlafaz kepada
perempuan dan dia tidak berlafaz kepada perempuan itu satu harta sebelum
akad nikah dan pemberian itu tidak dikosot-kosotkan sedekah kemudian terjadi
tolak pinangan itu daripadanya atau daripada lelaki dikembalikan daripada lelaki
dikembalikan barang-barang yang diserahkan itu ‘’ – (rujuk I’anah At-Talibin, ms
405, Juzu’ 2)

Fakta-fakta yang Dipertikai:
1. Adakah Pemohon yang memutuskan pertunangan itu atau Penentang 1 atau
Penentang 2 yang memutuskan atau kedua-dua sekali bersetuju pertunangan itu
diputuskan. – inilah yang menjadi persoalan dan menjadi pertanyaan untuk
Hakim memutuskan.
2. Pemohon mendakwa bahawa Penentang 2 memutuskan pertunangan dengan
mengambil tindakan tidak mahu berkahwin dengan Pemohon dan Penentang 1
iaitu sebagai wali kepada Penentang 2 bersetuju dengan keputusan tersebut.
3. Penentang 2 dan Penentang 1 menafikan bahawa dakwaan tersebut dan
mendakwa yang sebenarnya Pemohon telah berusaha untuk memutuskan
pertunangan itu dengan merancang satu majlis dan sehingga Penentang 2 rasa
tertekan dan terpaksa memutuskan pertunangan itu di dalam majlis yang
diaturkan oleh Pemohon.
4. Dalam keterangan yang diberi oleh Pemohon dan saksi-saksi serta hujah-hujah
penggulungan daripada peguamnya, Mahkamah berpendapat bahawa Pemohon
berjaya memberi bukti-bukti yang boleh mahkamah mempercayai bahawa
Penentang 2 yang memutuskan pertunangan itu manakala Penentang 1
bersetuju dengan keputusan itu dan sanggup membayar balik dua kali ganda
daripada pemberian semasa pertunangan itu.
5. Manakala pihak Penentang gagal menunjukkan bukti-bukti yang kukuh yang
menunjukkan bahawa putus tunang itu adalah disebabkan oleh Pemohon dan
dalam keadaan paksaan dan rasa terhina dengan sikap keluarga Pemohon yang
membuat tuduhan tak sepatutnya terhadap Penentang 2 iaitu tuduhan ibarat
kelapa ditebuk tupai.
6. Mahkamah berpendapat perasaan terhina dan tertekan adalah satu perasaan
yang didalam hati seseorang yang boleh diibaratkan itu adalah sebagai rahsia
bagi seorang itu, maka sebagai hakim tidak boleh memutuskan atau menjatuhkan
hukuman diatas rahsia itu atau bagi yang tersembunyi kerana Rasullallah S.A.W
bersabda:…….Yang bermaksud: ‘’kami menghukum sesuatu dengan segala yang
zahir, Allah yang mengetahui bagi yang tersembunyi yakni rahsia’’.
7. Dalam kes ini yang jelas dan nyata kepada mahkamah bahawa Penentang 2 iaitu
Siti Masrina bt. Mokhtar telah memutuskan pertunangan itu dengan perkataan
‘’tak nak’’ sebanyak 3 kali dalam majlis perbincangan itu dalam rakaman pula ada
perkataan Penentang 1 berkata ‘’sanggup bayar balik sebanyak 2 kali ganda ‘’.
Kedua perkataan ini iaitu ‘’tak nak’’oleh Penentang 2 iaitu apabila ditanya oleh
Pemohon sendiri hendak terus kahwin atau tidak dan perkataan ‘’akan bayar balik
2 kali ganda ‘’oleh Penentang 1 tidak dinafikan oleh kedua-dua Penentang
semasa rakaman diputarkan di mahkamah, dan juga saksi Penentang tidak
menafikan perkataan tersebut, hanya menjawab ini kali pertama saya dengar
rakaman ini.

Keputusan:
Mahkamah setelah meneliti permohonan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan
dan setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak dan mendengar hujah wakil
Pemohon dan Penentang dan setelah merujuk kepada hukum syara’ dan undangundang,
maka Mahkamah berpuashati dan memutuskan seperti berikut:-
1. Mahkamah meluluskan permohonan Pemohon dan memerintahkan Penentang 1
dan Penentang 2 membayar balik kepada Pemohon sebanyak RM 22,500.00
iaitu secara dua kali ganda pemberian pertunangan setelah dikecualikan perkara
No.2, 3 dan 9 perengan 12B (i) Penyata Tuntutan iaitu bayaran kenduri, tempat
khemah dan cincin tanda;
2. Mahkamah menolak permohonan ganti rugi am kerana malu disebabkan
putusnya pertunangan sebanyak RM 50,000.00 kerana tidak terdapat di dalam
peruntukan undang-undang.
3. Mahkamah memutuskan menolak semua tuntutan balas yang yang dibuat oleh
Penentang kerana berpendapat kedua Penentang yang bertindak memutuskan
pertunangan dan Penentang Pertama merestui dan bersetuju dengan tindakan
tersebut.
4. Kos perbicaraan ditanggung oleh kedua pihak masing-masing.
5. Mana-mana pihak yang tidak berpuashati boleh membuat rayuan di Mahkamah
dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh perintah.

Friday, February 12, 2010

Palestinkini.info - Suara Peduli Palestin 8 2

Friday, January 1, 2010

NIQAB

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjc0K8uJV5dZXtohzvtTzTNLVV9R0uf6Byu4jXjLAiUIl4zCqE-UUWZJw7O190NvINUmyqcDNhH6j69lvvE2zqYIwIagTOTCitVFd_lsA6SwOhvixQ1Q6BF2f2lXLah59b2TAMTZxHvKT4H/s320/wanita+solehah.jpg
Pemakaian niqab biasanya dipakai oleh dari golongan wanita Arab. Mereka memakainya kerana ingin melindungi pernafasan dari memasuki habuk pasir dan debu, juga memakainya kerana ingin menghindari dari berlakunya fitnah serta mengikuti sunnah. Namun sekarang tidak lagi, golongan yang memakai purdah semakin meningkat malah penduduk Malaysia sendiri ada yang memakai purdah walaupun jumlah golongan yang memakai niqab tidaklah terlalu ramai. Memang pemakaian niqab tidak wajib namun adalah lebih indah, cantik, dan kemas jika wanita Islam memakai niqab. Malah sekaligus mencantikkan lagi imej Islam itu sendiri. Apa yang ingin dibicara dan diutarakan disini adalah. Bagi sesetengah kolej-kolej Islam yang terdapat di negara Malaysia ini. Sudah tersedia maklum bahawa kolej Islam adalah berteraskan Islam dan segalanya menurut Syariat Islam. Namun apabila ada golongan pelajar wanita yang ingin memakai niqab, ditentangnya habis-habisan malah membuat peraturan pengharaman memakai niqab di kolej. Pihak kolej sememangnya tidak perlulah berbuat sedemikiakerana sedangkan muslimat yang tidak berpakaian menurut syarak dan peraturan yang ditetapkan di dalam kolej pun mmasih lagi diberi kebebasan dan dibiarkan tanpa pengawasan di dalam kolej malah kelompoknya senakin ramai. Oleh itu yang mana wajib ditegur? Adakah yang tidak memakai stokin agar dia memakai stokin atau yang berpurdah agar dia mempamerkan wajahnya. Seharusnya pihak kolej harus menitikberatkan pada perkara-perkara yang dilanggari oleh sesetengah muslimat dan bukannya mengambil peduli pada perkara-perkara yang sememangnya mengikut landasan yang betul iaitu landasan Syariat Islam. Seharusnya pihak pentadbiran memberikan dorongan dan sokongan dalam memartabatkan Syariat Islam bukannya menjatuhkan lagi. Pelik juga jika diharamkan pemakaian niqab di dalam kolej. Bukankah ianya satu perbuatan yang baik. Ianya akan rasa terpelihara apabila memakai niqab.


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

Ertinya: “ Maka barangsiapa yang memelihara dirinya daripada segala syubhat, maka sesungguhnya ia telah menuntut suci bersih bagi agamanya dan dirinya.”

(Riwayat asy-Syaikhan daripada an-Nu’man bin bin Basyir r.a)

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

Ertinya: “ Lazimilah ke atas kamu dengan benar kerana sesungguhnya benar itu menunjuki ke arah kebaikan dan kebaikan itu menyampaikannya kepada Syurga. Dan sentiasa seorang lelaki benar dan ia bersungguh-sungguh benar hingga hurufnya dihitamkan di sisi Allah subhanahu wa ta’ala yang sangat benar dan jauhilah diri kamu berdusta kerana sesungguhnya dusta itu menunjukinya kea rah kejahatan seperti keluar daripada ketaatan. Dan membuat kejahatan itu menyampaikannya kepada api neraka. Dan sentiasalah hamba itu bersungguh-sungguh berdusta hingga hurufnya dihitamkan di sisi Allah subhanahu wa ta’ala, yang banyak dusta”.

(Riwayat asy-Syaikhan)

Friday, December 18, 2009

Pulang Kembali Ke Kolej

sekarang sudah habis cuti..welcome back everybody..hope all of u sihat walafiat kehendaknya. bila dah masuk kolej banyak benda yang nak buat. ambil result exam lepas tu kena photostet untuk diserahkan kepada PTPTN itu bagi sesiapa yang ambil PTPTN la. daftar subjek ambil tandatangan lecturer end then hantar kad bahagian akademik. tak lupe jugak mesti kemas rumsis dan bilik of sure kotor dan penuh dgn habuk dan banyak lagi yang mesti dilakukan. walaupun meletihkan sikit tapi itulah keseronokkan menjadi pelajar kolej. Alhamdulillah bagi kita yang dapat merasainya dan dapat menjadi pelajar kolej berbanding bagi mereka yang teringin tapi tidak kesampaian dan tidak berkemampuan. keletihan dan kepenatan itu sekali seumur hidup bagi diri kita. rugi kalau kita mensia-siakannya. tinggal dua hari je lagi sebelu balik ke kolej semula. harap-harap semuanya berjalan dengan lancar kehendaknya.